Saturday, 30 November 2024
Monday, 06 November 2017 10:47

NIOSH nasihat pasukan penyelamat berhati-hati

Written by
Rate this item
(4 votes)

NIBONG TEBAL: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) mengingatkan anggota agensi dan sukarelawan yang terbabit dalam usaha menyelamatkan mangsa banjir di Pulau Pinang mengutamakan keselamatan diri.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pihaknya bimbang terhadap petugas berkorban demi membantu masyarakat yang berdepan dengan bencana alam.

Beliau berkata, semua agensi dan sukarelawan yang terbabit dalam misi menyelamat dinasihatkan menjaga keselamatan dan kesihatan sepanjang bertugas.

"Apatah lagi bimbang dengan penularan virus 'Leptospirosis' iaitu kencing tikus yang mudah berlaku terutamanya dalam keadaan air kotor.

"Kita mengambil pengajaran terhadap beberapa kes banjir besar yang berlaku sebelum ini, apabila petugas dan sukarelawan tidak mengutamakan keselamatan sewajarnya yang akhirnya meragut nyawa mereka.

"Oleh itu, kita berharap semua pihak yang membantu mangsa banjir di pusat pemindahan dan lokasi terjejas mengutamakan keselamatan sebelum menghulurkan pertolongan kepada orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keadaan banjir di Pulau Pinang selepas merasmikan Seminar Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Teik, di sini, hari ini.

Seramai 278 guru membabitkan lebih 400 sekolah di seluruh Pulau Pinang mengikuti seminar itu yang bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sekolah masing-masing.

Read 7639 times Last modified on Monday, 13 November 2017 10:49

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

open